Engineers Love Cooking

Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Thursday, 27 July 2017

DAGING TUMIS PEDAS / SPICY BRAISED BEEF



Spicy Braised Beef
Ingredients

½ kg of meat cut thin
2 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 teaspoon coarse black pepper powder
1 large onion, sliced
3 cloves garlic, sliced
5 - 10bird's eye chili finely sliced
1 broccoli roughly cut
3 inches carrots cut and sliced
Olive oil
Water

Methods

  1. Marinate meat with a multipurpose paste for a while.
  2. Heat olive oil and sauté the onions, garlic and multi-purpose paste until fragrance.
  3. Put the meat and fry until cooked.
  4. Add black pepper powder. Mix well.
  5. Add some water and mix well.
  6. Add broccoli and carrots.
  7. Mix for a while and ready for serving.
Daging Tumis Pedas
 

Bahan-bahan
½ kg daging dipotong nipis
2 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu the serbuk kasar lada hitam
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
5 – 10 biji cili padi dimayang halus
1 kuntum brokoli dipotong kasar
3 inci lobak merah dibelah dan dipotong
Minyak zaiton 

Garam
Gula
Air

 

Langkah-langkah
  1. Daging diperap dengan pes pelbagai guna seketika.
  2. Panaskan minyak zaiton dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan pes pelbagai guna sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan digoreng sehingga masak.
  4. Masukkan serbuk lada hitam. Digaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan digaul sehingga sebati.
  6. Masukkan brokoli dan lobak merah. 
  7. Perisakan dengan garam dan gula.
  8. Gaul seketika dan siap untuk dihidang.

Thursday, 6 July 2017

UNGKEP AYAM



Ungkep Ayam

Ingredients

1 chicken cut small
2 tbsp turmeric powder
3 tablespoon multi-purpose paste
1 tablespoon of coriander powder
1 teaspoon sweet fennel powder
1 teaspoon white cumin powder
1 teaspoon of cinnamon powder
1 onion
3 cloves garlic
1 inch ginger cut thin
3 lemongrass
Salt
Sugar
2 cups water mixed with tamarind
Olive oil

Methods

  1. Chicken is marinated with some olive oil, turmeric and salt.
  2. Heat olive oil, sauté ginger and lemongrass until crispy and put in onion and garlic.
  3. Add in a multi-purpose paste, coriander powder, fennel powder, cumin powder and cinnamon powder and stir until oil breaks.
  4. Add chicken and mix well.
  5. Fill water mixed with tamarind and stir, add salt and sugar to taste.
  6. Let it boil and dry up.
  7. Ready to be served.
Ungkep Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
2 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dipotong nipis
3 batang serai
Garam
Gula
2 cawan air dicampur asam jawa
Minyak zaiton

Langkah-langkah

  1. Ayam diperap dengan sedikit minyak zaiton, kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak zaiton, tumiskan halia dan serai sehingga garing dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan pes pelbagai guna, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih serta serbuk kulit kayu manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan digaul rata.
  5. Isikan air yang dicampur asam jawa dan kacau, perisakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan sehingga agak kering.
  7. Siap untuk dihidang.

Thursday, 18 May 2017

PEANUT BUTTER SWIRL BROWNIES / BROWNIES MENTEGA KACANG




Peanut Butter Swirl Brownies  

Ingredients  

For the Brownies

60 grams unsweetened baking chocolate, coarsely chopped
60 grams semi-sweet baking chocolate, coarsely chopped
¾ cup butter
1¾ cups sugar
3 eggs
1 tablespoon vanilla extract
2 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 cup all-purpose flour 

 
For the peanut butter swirl

½ cup peanut butter
2 tablespoons butter, melted
1/3 cup powdered sugar
1 teaspoon vanilla
 

Methods
  1. Preheat oven to 180°F. Line a 9×9” pan with foil and spray with cooking spray.
  2. Place the two baking chocolates and butter in a large, microwave safe bowl. Heat on HIGH power for 2-3 minutes, stirring every 30 seconds, until chocolate is smooth (or use double boiling method). Stir in sugar. Add eggs, vanilla, and cocoa and stir well. Add flour and stir carefully. Spread batter in prepared pan.
  3. Stir together peanut butter, melted butter, powdered sugar, and vanilla. Drop spoonfuls on top of the brownies then swirl with a butter knife or the back of a wooden spoon.
  4. Bake about 28-30 minutes, until the center seems set. Let cool before cutting. These brownies, baked this way, will be super gooey inside. If you like your brownies more done and less gooey, bake them longer for another 5 minutes.
Brownies Mentega Kacang  

Bahan-bahan  

Untuk Brownies

60 grams coklat masakan tanpa gula, dicincang kasar
60 grams coklat masakan separuh manis, dicincang kasar
¾ cawan mentega
1¾ cawan gula
3 biji telur
1 sudu ekstrak vanila
2 sudu besar serbuk koko tanpa gula
1 cawan tepung serba guna


Untuk pusaran mentega kacang


½ cawan mentega kacang
2 sudu besar mentega cair
1/3 cawan gula
1 sudu teh ekstrak vanila


Langkah-langkah

  1. Panaskan ketuhar kepada 180°F. Letakkan 9” × 9” kuali dengan kerajang dan geris atau gunakan semburan dengan semburan memasak.
  2. Letakkan kedua-dua coklat penaik dan mentega dalam mangkuk besar tahan gelombang mikro. Guna kepanasan kuasa HIGH selama 2-3 minit, kacau setiap 30 saat, sehingga coklat cair. Masukkan gula. Tambah telur, vanila, dan koko dan kacau rata. Masukkan tepung dan kacau dengan teliti. Ratakan adunan dalam kuali tersedia.
  3. Kacau bersama mentega kacang, mentega cair, gula tepung, dan vanila. Jatuhkan adunan ke atas brownies kemudian pusarkan dengan pisau mentega atau belakang sudu kayu.
  4. Bakar kira-kira 28-30 minit, sehingga bahagian tengah adunan masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Jika dibakar cara ini, akan menjadikan brownies melekit di dalam. Jika anda suka brownies kurang melekit, teruskan membakar selama 5 minit lagi.

Tuesday, 11 April 2017

PASTA CARBONARA / CARBONARA PASTA (Homemade Sauce)


Carbonara Pasta
 

Ingredients

250 grams spaghetti, boiled according to label instruction or until cooked
2 table spoon olive oil
200 grams smoked meat cut cubed 

100 gram minced chicken
1 clove garlic
2 eggs
200 grams pasta cream
100 grams parmesan cheese, grated
1 teaspoon dried mixed herbs
1 teaspoon dried mint leaves
2 teaspoons coarse blended black pepper 

5 baby carrot halved
1 stalk celery - chopped
125 gram minced fresh button mushroom
Salt
Fresh basil leaves

Methods

  1. Boil the pasta in a large pan of boiling salted water according to packet instructions.
  2. Heat the olive oil in a large frying pan over a medium-high heat and fry the smoked meat, minced chicken, baby carrot, minced button mushroom and garlic for 2-3 minutes, until the meat is crisp and browned and chicken turn white. Reduce the heat to low.
  3. In a bowl, lightly beat the eggs with the pasta cream and most of the grated cheese, reserving a little cheese for the garnish. Season generously with freshly ground black pepper, mixed herbs and dried mint leaves.
  4. Drain the cooked spaghetti, reserving a few tablespoons of the cooking water.
  5. Tip the spaghetti into the pan with the smoked mead and pour in the cream and egg mixture. Mix well over a very low heat, add chopped celery, adding a little of the reserved pasta water to loosen the mixture if needed.
  6. Scoop the pasta into serving bowls and sprinkle with the remaining cheese and the chopped fresh basil. Serve immediately.
Pasta Carbonara
 

Bahan-bahan

250 gram spaghetti direbus dalam air bergaram lebih kurang 10 minit atau sehingga masak 2 sudu besar minyak zaiton
200 gram daging salai dipotong kiub 

100 gram daging ayam cincang
1 gugus bawang putih
2 biji telor
200 grams pasta cream
100 gram keju parmesan, disagat
1 sudu teh serbuk kasar campuran herba kering
1 sudu teh serbuk kasar daun pudina kering
2 sudu teh serbuk kasar lada hitam

1 batang celery - dicincang kasar
125 gram cendawan butang segar dimayang
Garam
Daun selasih segar

Langkah-langkah

  1. Rebus spaghetti mengikut arahan pada pembalut.
  2. Panaskan minyak zaiton dalam bekas lain pada api sederhana dan goreng daging salai, daging ayam cincang, baby carrot, cendawan butang serta bawang putih 2 – 3 minit sehingga daging salai menjadi garing dan ayam cincang bertukar putih. Kecilkan api.
  3. Pukul telor dalam mangkok bersama pasta cream dan keju parmesan serta diperisakan dengan serbuk lada hitam, herba campuran dan daun pudina kering.
  4. Tos spaghetti dan ketepikan sedikit air rebusan.
  5. Masukkan spaghetti ke dalam bekas gorengan daging salai dan masukan campuran telor dan krim. Campurkan pada api sederhana, masukkan cincangan celery dan dimasukkan sedikit air rebusan spaghetti jika perlu.
  6. Sendukan pasta dan taburkan keju dan herba untuk dihidang dengan hiasan daun selasih. Hidang semasa masih panas.

Thursday, 23 February 2017

SAMBAL TUMIS LEMAK BERKERISEK AYAM / CREAMY SAUTEED ROASTED COCONUT CHICKEN SAMBAL

Creamy Sautéed Roasted Coconut Chicken Sambal
Ingredients

½ medium cut chicken
1 teaspoon ground turmeric
Salt
1 onion sliced
3 cloves garlic, sliced
Brown sugar
Olive oil

For sauce
1 tablespoon homemade multipurpose paste
1 tablespoon homemade garlic-onion paste
3 tablespoons homemade blended chili paste
3 tablespoons yogurt
1 tablespoon roasted coconut

For Garnishing (optional)
Parsley
Spring onions
Fried onions

Methods
  1. Chicken washed and drained. Put turmeric powder, salt and olive oil and mix well. Marinate for 15 minutes.
  2. Fry marinated chicken until golden brown. Remove and set aside.
  3. Sauté onion and garlic until fragrant.
  4. Enter multipurpose paste, garlic-onion paste and blended chili paste.
  5. Fry until crisp and smooth. Add yogurt and roasted coconut and allowed to boil and blended.
  6. Add salt and brown sugar to taste.
  7. Put fried chicken and mix well.
  8. Turn off the heat and ready to be served with garnishing.
Sambal Tumis Lemak Berkerisek Ayam
Bahan-bahan
½ ekor ayam dipotong sederhana
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Gula perang
Minyak zaiton

Sos
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia bawang putih
3 sudu besar pes cili kisar
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar kerisek

Untuk hiasan (optional)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Langkah-langkah
  1. Ayam dicuci dan ditoskan. Masuk serbuk kunyit, garam dan minyak zaiton dan digaul rata. Perapkan selama 15 minit.
  2. Ayam yang telah diperap digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan pes pelbagai guna, pes halia bawang putih dan pes cili kisar.
  5. Tumis sehingga garing dan sebati. Masukkan yogurt dan kerisek dan dibiarkan sehingga mendidih dan sebati.
  6. Perisakan dengan garam dan gula perang.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
  8. Matikan api dan siap untuk dihidang dengan hiasan.

Wednesday, 28 December 2016

SAMBAL BILIS TEMPE / ANCHOVIES TEMPE SAMBAL


Anchovies Tempe Sambal

Ingredients
4 pieces of tempe is cut small and thin, crispy fried
200 grams of anchovies, crispy fried
Tamarind paste
Brown sugar
Salt

Ingredients Blended

20 dried chillies soaked 10-15 minutes
2 onion
4 cloves garlic
½ inch ginger
½ inch galangal
50 grams of dried shrimp
½ shrimp paste

Methods
  1. Tempe and anchovies are fried separately until crisp, set aside.
  2. Sauté the blended ingredients until sauce becomes dry. Add tamarind paste.
  3. Add salt and brown sugar, set aside to cool.
  4. After all cool, put fried anchovies and fried tempe to sambal and mix until well mixed.
  5. Ready to be served or stored in jar.
Sambal Bilis Tempe

Bahan-bahan

4 keping tempe dipotong kecil dan nipis, digoreng rangup
200 gram bilis digoreng rangup
Asam jawa diambil pes
Gula perang
Garam

Bahan-bahan dikisar

20 tangkai cili kering direndam 10 – 15 minit
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci lengkuas
50 gram udang kering
½ inci belacan

Langkah-langkah
  1. Tempe dan bilis digoreng berasingan sehingga rangup, ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga sambal menjadi garing. Masukkan pes asam jawa.
  3. Perisakan dengan garam dan gula perang, ketepikan supaya sejuk.
  4. Setelah semua sejuk, masukkan tempe dan bilis ke dalam sambal dan gaul sehingga sekata.
  5. Siap dan boleh disimpan ke dalam balang.

Wednesday, 21 December 2016

SET NASI AYAM ELC / ELC'S CHICKEN RICE SET

ELC's Chicken Rice Set

Ingredients

For Chicken

1 chicken
1 teaspoon blended ginger
1 tablespoon blended garlic
2 tablespoon blended onions
2 tablespoons blended dried chili
3 tablespoons soy sauce
1 tablespoon chili sauce
1 tablespoon tomato sauce
1 teaspoon sour plum sauce
1 tablespoon oyster sauce
Salt
Black pepper
Cooking oil

For rice

1 kg bathmati Rice (approx. 6 drinking cups)
1 cup glutinous rice
Ghee
Pandan leaves
1 tablespoon blended onion
1 tablespoon blended ginger
1 tablespoon blended garlic
Sauteed spices (cinnamon, cardamom, cloves, star anise)
Salt
Evaporated milk
Chicken broth

For Soup
Chicken broth
1 tablespoon blended ginger
1 tablespoon blended garlic
1 tablespoon blended onions
Parsley
Spring onions
Fried onions
Soup spices
Sauteed spices (cinnamon, cardamom, cloves, star anise)

For the Sauce

5 fresh chili
1 tablespoon blended ginger
1 tablespoon blended garlic
1 tablespoon blended onion
150 gm raisins blended
2 tablespoons chili sauce
2 tablespoons tomato sauce
1 tablespoon sour plum sauce
1 teaspoon honey (local or imported)
2 tablespoons tomato paste

For Ganishing

Salads (lettuce, cucumber, tomato)
Parsley
Spring onions
Fried onions

Methods

Preparation for chicken

  1. Boiled chicken broth to make soup that will be used as water to cook rice. Pour in the ginger, garlic, onion and a pinch of salt.
  2. Separate the cooked chicken for marinating. Marinate chicken (about ½ hour to 1 hour) using ginger, garlic, onions, dried chilies (all the blended ingredients), salt, black pepper, soy sauce, oyster sauce, sour plum sauce and honey.
  3. Marinated chicken can be fried (be careful so fried over low heat if not it will be burnt due to the honey) or roasted.
Preparation for Rice
  1. Heat pan and add ghee rice, pandan leaves and stir fry ingredients (ginger, garlic, cinnamon, cardamom, cloves, star anise) that has been prepared. When all ingredients turn golden pour the soup into the pan with correct measurement (usually if using bathmati rice put extra 1 portion of water).
  2. Add salt to taste, stir well. (Optional: can use a little bit of evaporated milk). After boiling, add the rinsed rice. Stir until the expend a bit. Put the lid and let it cook.
Preparations for soups
  1. Reheat chicken stock. Sauté blended ginger, garlic and onions.
  2. Once fragrant and stir-fry ingredients and spices accompanied with a diluted soup.
  3. Pour the pan-fried ingredients into the broth. Stir for a while and let it boil.
Preparation of sauce
  1. Heat wok and add oil. Sauté blended ginger and garlic. When the ingredients turn golden and fragrant, add the blended fresh chili.
  2. Add salt, sour plum sauce, chili sauce, tomato sauce, honey. (Optional: can use blended raisin as additional to the sauce).
  3. Sauce should taste sour, sweet and salty as well as spicy. To sour the sauce can used tamarind juice or lime juice.
  4. his sauce can be served in thick or thin. Use soup to thin the sauce.
Preparation of garnishing
  1. Salad separated from the stem. Cucumber carved into the shape you like, either diagonally or straight.
  2. Tomato cut round and arranged all vegetable decoration on a plate for serving.
  3. Fried or grilled chicken are placed in the plate.
  4. Spring onions, parsley leaves and fried onion put into the soup and rice.
Set Nasi Ayam ELC
Bahan-bahan

Untuk Ayam

1 ekor ayam
1 sudu besar kisaran halia
1 sudu besar kisaran bawang putih
2 sudu besar kisaran bawang besar
2 sudu besar kisaran cili kering
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh sos sour plum
1 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Untuk Nasi

1 kg beras bathmati (lebih kurang 6 cawan minum)
1 cawan beras pulut
Minyak sapi
Daun pandan
1 sudu besar kisaran bawang besar
1 sudu besar kisaran halia
1 sudu besar kisaran bawang putih
Rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
Garam
Susu cair
Air rebusan ayam

Untuk Sup

Air rebusan ayam
1 sudu besar kisaran halia
1 sudu besar kisaran bawang putih
1 sudu besar kisaran bawang besar
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Rempah sup
Rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)

Untuk Sos

5 batang cili merah dikisar
1 sudu besar kisaran halia
1 sudu besar kisaran bawang putih
1 sudu besar kisaran bawang besar
150 gm kismis dikisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos sour plum
1 sudu teh madu lebah (tempatan atau diimport)
1 sudu besar tomato paste

Bahan hiasan

Sayur (salad, timun, tomato)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Langkah-langkah

Persediaan untuk ayam

  1. Ayam direbus untuk dapatkan air rebusan untuk dijadikan sup yang akan digunakan sebagai air untuk memasak nasi. Masukkan campuran halia, bawang putih, bawang besar dan sedikit garam.
  2. Asingkan ayam yang telah masak untuk menjalankan proses pemerapan. Ayam yang diasingkan diperap (lebih kurang ½ jam ke 1 jam) menggunakan halia, bawang putih, bawang besar, cili kering (semua bahan yang telah dikisar), garam, serbuk lada hitam, kicap cair, sos tiram, sos sour plum dan madu lebah.
  3. Ayam yang telah diperap bolehlah digoreng (berhati-hati agar digoreng atas api yang kecil kalau tidak dia akan hangus disebabkan oleh madu lebah) atau dipanggang.
Persediaan untuk Nasi
  1. Panaskan periuk nasi dan masukkan minyak sapi, daun pandan dan tumiskan bahan tumisan (halia, bawang putih, kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang) yang telah disediakan. Apabila sudah matang masukkan kuah sup yang telah diasingkan mengikut sukatan (kebiasaannya jika menggunakan beras bathmati air dilebihkan satu bahagian daripada beras).
  2. Masukkan garam secukup rasa, kacau supaya sebati. (Optional : boleh gunakan sedikit susu cair agar nasi sedikit berlemak). Setelah mendidih masukkan campuran beras bathmati dan pulut yang telah dibilas. Kacau seketika sehingga beras sedikit kembang. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
Persediaan untuk sup
  1. Air rebusan ayam dipanaskan semula. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang besar yang dikisar.
  2. Setelah berbau wangi tumiskan bahan tumisan dan disertakan dengan rempah sup yang dicairkan.
  3. Tuangkan bahan yang telah ditumis ke dalam air rebusan. Kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih.
Persediaan sos
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan halia dan bawang putih. Bila tumisan sudah matang, masukkan cili hidup yang telah dikisar.
  2. Masukkan garam, sos sour plum, sos cili, sos tomato, sedikit madu. (Optional : boleh dikisar kismis dan dicampurkan bersama tumisan sos).
  3. Rasa bagi sos ini biarlah ada masam, manis dan masin disamping pedas. Untuk memasamkan boleh digunakan perahan asam jawa atau perahan limau nipis.
  4. Sos ini boleh dihidangkan secara pekat atau cair. Untuk mencairkan sos gunakan kuah sup yang telah disediakan.
Persediaan hiasan
  1. Salad diasingkan dari batang. Timun dipotong mengikut bentuk yang disukai, samada secara menyerong atau lurus.
  2. Tomato dipotong bulat dan disusun semua sayur hiasan di dalam pinggan untuk hidangan.
  3. Ayam yang telah digoreng atau dipanggang diletakkan didalam pinggan yang telah disediakan.
  4. Daun bawang dan daun sup dipotong dan dimasukan ke dalam sup dan nasi yang telah masak beserta bawang goreng.

Friday, 18 November 2016

AYAM MASAK BALI / BALINESE CHICKEN DISH


Balinese Chicken Dish

Ingredients

1 chicken cut as you like
3 onions round cut
3 cloves garlic, sliced
4 of lemongrass crushed
10 sprigs of curry leaves
1 seed potatoes cut into wedges
3 tablespoons sweet soy sauce
2 tablespoons coconut milk
3 tablespoons turmeric powder
Salt
Sugar

Blended ingredients

10-15 dried chillies
2 onions
5 cloves garlic
1 teaspoon coriander seed
1 teaspoon aniseed
1 inch ginger
2 stalks lemongrass
A pinch of shrimp paste
3 seeds candle nuts

Methods

  1. The chicken is marinated with salt and turmeric. Put aside for a moment.
  2. Heat the oil. Fry chicken and potato until it turns golden brown. Set aside.
  3. Use frying oil for sautéing.
  4. Sauté lemongrass and curry leaves until fragrant.
  5. Add shallots and garlic until fragrant.
  6. Put the blended ingredients and fry until slightly crisp and smooth.
  7. After that pour coconut milk, sweet soy sauce and mixed evenly.
  8. After boiling, add the chicken, potato and mix well and smooth.
  9. Add salt and sugar to taste.
  10. Ready to be served.
Ayam Masak Bali

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong ikut kehendak
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dimayang
4 barang serai dititik
10 tangkai daun kari
1 biji kentang dipotong wedges
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar santan pekat
3 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula

Bahan dikisar

10-15 batang cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 inci halia
2 batang serai
Secubit belacan
3 biji buah keras

Langkah-langkah

  1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang sehingga berubah menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis.
  4. Tumiskan serai dan daun kari sehingga wangi.
  5. Masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  6. Masukkan bahan yang dikisar dan goreng sehingga agak garing dan sebati.
  7. Setelah itu masukkan kicap manis serta santan dan digaul sekata.
  8. Selepas menggelegak masukkan ayam, kentang dan digaul rata dan sebati.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Siap untuk dihidang.

Tuesday, 1 November 2016

KUIH LOPES SEGITIGA / TRIANGLE GLUTINOUS RICE CAKE



Triangle Glutinous Rice Cake 

Ingredients

500 grams of glutinous rice

2 tablespoons edible lime paste
½ coconuts grated, use only white part 
2 loaves of palm sugar
Pandan leaves
Banana leaves and tooth pick for fastening 

Cloth / raffia string 
Salt

Methods

  1. Glutinous rice soaked with the edible lime paste for 2-3 hours.
  2. Toss glutinous rice and mix well with salt.
  3. Banana leaves are cleaned, trimmed and held over a flame for a while to soften it.
  4. Fold banana leaves into a triangular pouch.
  5. Fill the triangle pouch with tossed glutinous rice, pack the rice in the cartridge.
  6. Pin tooth pick stick to tighten banana leaf pouch.
  7. Prepare 2-3 filled pouch and tied with cloth / raffia string to prevent the rice from falling out.
  8. Put the triangle pouches which was tied to the pot and fill the water up above tied triangle pouches.
  9. Add pandan leaf and boil for 2-3 hours.
  10. Prepare grated coconut mixed with salt and steamed for 2-3 minutes.
  11. Heat palm sugar till melted with a little water to make syrup.
  12. Once glutinous rice cake cook, let it cool and coated it with salted grated coconut and pour palm sugar syrup.

Kuih Lopes Segitiga

Bahan-bahan

500 gram beras pulut

2 sudu besar paste kapur makan
½ biji kelapa diparut hanya bahagian putih
2 ketul gula Melaka
Daun pandan
Daun pisang serta lidi untuk meyemat
Tali kain / tali raffia
Garam
 
Langkah-langkah

  1. Beras pulut dibersih dan direndam bersama larutan kapur sirih selama 2 – 3 jam.
  2. Tos beras dan gaul dengan garam.
  3. Daun pisang dibersih, dipotong dan dilayur di atas api seketika untuk melembutkannya.
  4. Daun pisang dilipat menjadi kelongsong segitiga.
  5. Isikan kelongsong segitiga dengan beras pulut yang ditoskan, padatkan beras dalam kelonsong.
  6. Semat daun dengan lidi untuk mengetatkannya.
  7. Siapkan 2 – 3 biji dan diikat dengan tali kain/raffia untuk mengelak beras daripada terkeluar.
  8. Masukkan kelosong segitiga yang diikat ke dalam periuk dan isikan air sehingga melebihi paras kelosong. 
  9. Masukkan daun pandan dan rebus selama 2 – 3 jam.
  10. Sediakan kelapa dicampur garam dan dikukus selama 2 – 3 minit.
  11. Sediakan air gula Melaka yang dimasak bersama sedikit air.
  12. Setelah kuih lopes masak, sejukkan seketika dan gaulkan dengan kelapa dan dihidang bersama air gula.

Thursday, 29 September 2016

AGLIO E OLIO


Aglio E Olio

Ingredients

150-200 grams of spaghetti
3 cloves garlic, sliced
1 onion sliced cubes
1 sliced red chilli (capsicum various colors can also be used)
Chicken or beef cut into small / cube (seafood also can be used)
3-4 tablespoons of olive oil
1 teaspoon coarse ground black pepper
1 tea spoon chilli flakes
Salt
Sugar

Parsley for garnishing

Methods

  1. Boil the spaghetti according to the instructions on the wrapper.
  2. Heat the olive oil in a pan and sauté garlic, onion and red pepper until fragrant.
  3. Add chicken, black pepper, chilli flakes and mix well.
  4. Once cooking add salt and sugar to taste.
  5. Toss spaghetti and put in a pan and mixed well.
  6. Serve while hot. Garnish with parsley.
Aglio E Olio
Bahan-bahan

150 - 200 gram spaghetti
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar dimayang kiub
1 batang cili merah dimayang kasar (boleh juga diguna capsicum berbagai warna)
Isi ayam atau daging yang dipotong kecil/kiub (boleh juga guna seafood)
3-4 sudu besar minyak zaiton
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh kepingan cili
Garam
Gula
Daun sop untuk hiasan.

Langkah-langkah

  1. Rebus spaghetti mengikut arahan dipembungkus.
  2. Panaskan minyak zaiton dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam, serbuk lada hitam, kepingan cili dan digaul rata.
  4. Setelah masak perisakan dengan garam dan gula.
  5. Tos spaghetti dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis dan digaul rata dan sebati.
  6. Hidangkan semasa panas.  Hiaskan dengan daun sop.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...