Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Tuesday 6 December 2011

KACANG PHOOL

KACANG PHOOL

Bahan-bahan

2 tin kacang phool (1 tin dilenyek, 1 tin diguna terus dari tin – liquid dalam tin dibuang – boleh beli kat supermarket) (guna baked bean pun boleh juga tapi tak ori)
300 gm daging kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh ketumbar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah baryani (kalau ada)
2 ulas bawang besar (1.5 ulas untuk tumisan, 0.5 ulas potong kiub halus untuk tabur)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Halia
Garam
Gula
Minyak (sebaik minyak zaiton)
4 biji telor (digoreng mata kerbau – bergantung kepada berapa orang nak makan.
Roti sandwich (boleh juga roti bai atau French loaf)

Untuk hiasan

Daun sup
Daun bawang
Cili hijau
Limau kasturi
Bawang besar yang dipotong kiub

Langkah-langkah
  1. Panaskan minyak dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Tumiskan jintan puteh, jintan manis, ketumbar, rempah kari dan rempah baryani.
  3. Gorengkan daging kisar sehingga masak bersama rempah-rempah tadi.
  4. Bila daging dah masak, masukkan sedikit air dan masukkan kacang phool yang dilenyek.
  5. Selepas agak sebati daging kisar dan kacang phool lenyek, masukkan kacang phool yang telah ditoskan airnya.
  6. Masukkan garam, gula dan kalau perlu sos cili dan tomato.
  7. Jika pekat tambahkan air tapi jangan sampai cair.
Untuk hidangan, masukkan kacang phool dalam mangkuk. Taburkan bawang yang dipotong kiub, daun sup, daun bawang dan limau kasturi. Letakkan telor dadar dalam mangkuk kacang phool apabila hendak makan dengan roti bakar disapu mentega. Cara makan ikut suka nak letak kacang phool atas roti atau cicah roti dalam mangkuk. Tidak terikat dengan sukatan. Boleh ubahsuai ikut citarasa. Selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...