Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Thursday 31 May 2012

SOTO AYAM / CHICKEN SOTO

SOTO AYAM / CHICKEN SOTO
SOTO AYAM / CHICKEN SOTO
BEGEDEL / POTATO PATTIES
KICAP CILI PADI / SOY SAUCE WITH BIRD'S EYE CHILI
NASI EMPIT / COMPRESSED RICE

CARIKAN ISI AYAM / SHREDDED CHICKEN MEAT

Chicken Soto

Ingredients

½ chicken cut into two parts
1 stick of cooked compressed rice (ready to eat available at shop)
1 sachet of soto spices powder
1 sachet of korma spices powder
1 stalk lemon grass, bruised
1 onion, cubed
3 cloves garlic, ground
2 cm ginger ground
1 bunch of 4 sauté spices (cinnamon, cardamom, cloves and star anise)
1 packet soup bunjut
Olive oil
Salt
Sugar
Dates vinegar
Parsley leaves
Spring onions
Fried onions
Beans sprouts
Soy sauces + bird’s eye chili pounded / minced finely
Potato patties (ingredients - potatoes, minced meat, flour, coriander leaves and eggs)

Methods

Soup preparation

1.    Boil chicken with lemon grass, grounded ginger, grounded garlic, soup bunjut and bring to boil.
2.    After boiling, remove the chicken and baked for a while to avoid stale quickly. (Shredded chicken to be used as garnishing, put the chicken bones back into the soup).
3.    Heat pan and add olive oil. Sauté onion with 4 sautés spices until fragrant.
4.    Mix the soto and korma spices powder with some water, stir until smooth.
5.    Add to the pan and stir-fry with onions. After well blended, pour into the pot containing soup. Stir it well.
6.    Add salt, sugar and dates vinegar, let it boil.
7.    After boiled, ready to be served with cooked compressed rice. Sprinkle with parsley leaves, spring onions, bean sprouts, potato patties, shredded chicken meat and mixed of chili and soy sauce.

Potato patties preparation

1.    Boiled potatoes, mashed it with minced beef meat, ground dried shrimp, parsley leaves, a little flour and salt.
2.    Shaped it either round or flat. Dipped into a stirred egg and fried it.

Soto Ayam

Bahan-bahan

½ ekor ayam dipotong dua bahagian
1 batang nasi empit siap dimasak (beli yang tersedia untuk dimakan)
1 peket rempah soto
1 peket rempah korma
1 batang serai dititik
1 biji bawang besar  dipotong kiub
3 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
Rempah tumis 4 serangkai (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
1 bungkus sup bunjut
Minyak zaiton
Garam
Gula
Cuka kurma
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Taugeh
Kicap + cili padi tumbuk/kisar halus
Begedel (bahan - kentang, daging kisar, tepung gandum dan telur)

Langkah-langkah

Penyediaan sup

1.    Rebus ayam bersama serai, halia, bawang putih yang dikisar dan sup bunjut sehingga mendidih.
2.    Setelah mendidih keluarkan ayam dan dibakar sekejap untuk mengelak dari cepat basi. (Isi ayam dicarik-cari untuk diguna sebagai bahan tabur, tulang ayam dimasukkan semula ke dalam sup).
3.    Panaskan kuali dan masukkan minyak zaiton.  Tumiskan bawang besar bersama rempah tumis empat serangkai sehingga naik bau wangi.
4.    Campurkan sedikit air bersama serbuk rempah soto dan korma, kacau sehingga sebati.
5.    Masukkan ke dalam kuali dan tumiskan bersama bawang.  Setelah pecah minyak tuangkan ke dalam periuk yang mengandungi kuah sup. Kacau sehingga sebati.
6.    Masukkan garam, gula dan cuka kurma, biarkan sehingga mendidih.
7.    Setelah mendidih siap untuk dihidang bersama nasi empit.  Taburkan daun sup, daun sup, daun bawang, taugeh, begedel, carikan isi ayam dan kicap cili padi.

Penyediaan begedel

1.    Kentang yang direbus, dilenyek bersama daging kisar, udang kering ditumbuk, daun sup, sedikit tepung gandum dan garam. 
2.    Bentukkan mengikut kesukaan samada bulat atau leper.  Dicelup ke dalam telur yang dikacau dan digoreng.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...